Monday, March 28, 2005

my sis is on paper!!

have you read today's paper? hehe.. my elder sister is on the front page of entertainement side.. she is an actress actually.. she's promoting her latest drama, MENITI BARA which is based on BARA film directed by yusof haslam.. she is the main cast, in the drama.. i hope she will be the best actress soon.. here is the article about the drama...

MENITI BARA - Platform Atie, Eira cipta nama
Oleh KHADIJAH IBRAHIM





Atie & Eira.
--------------------------------------------------------------------------------

DALAM melayari kerjaya seni ada masanya apa yang dihajati tidak kesampaian. Bagaimanapun jika peluang sudah terbentang di depan mata, maka artis perlu bijak menggunakan ruang tersebut untuk mencipta nama. Justeru itulah Suriati Abu Bakar atau Atie bersama Eira Syazira Shuhaimi tidak menolak tawaran berlakon drama bersiri Meniti Bara terbitan Skop Production Sdn. Bhd., kerana yakin drama itu mampu menaikkan nama mereka dalam bidang seni berdasarkan trek rekod syarikat tersebut.

Buktinya drama bersiri Gerak Khas dan Sembilu yang ditayangkan sekarang ini di TV1 dan TV2 mendapat sambutan hangat.

Kata Eira, kalau dia menolak tawaran berlakon drama Meniti Bara ia satu kerugian besar dalam kerjaya seninya.

``Ramai yang menunggu peluang untuk berlakon filem atau drama terbitan Skop. Saya yang sudah dapat peluang ini mana mungkin menolak kerana ia merupakan satu bonus untuk kerjaya,'' katanya yang sebelum ini pernah diundang berlakon drama Gerak Khas untuk episod Amira.

Selain itu, Eira yang memegang watak Ifa, menerima tawaran tersebut kerana ingin membuktikan kepada orang sekeliling bahawa dia mampu menjadi pelakon disegani.

Dia yang mula aktif dalam bidang seni lakon sejak tiga tahun lalu berharap watak Ifa mampu membuka ruang yang lebih luas padanya dalam bidang lakonan.

Watak tersebut dalam filem Bara sebelum ini dilakonkan oleh Nasha Aziz. Selain Nasha, turut berlakon dalam filem tersebut ialah Awie, Zamani dan Ning Baizura.

Dalam drama 26 episod yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di RTM, watak Ifa digambarkan sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

Kata Eira, untuk menjiwai watak Ifa, dia kerap menonton filem Bara sebagai rujukan. Lagipun Nasha adalah artis pujaannya.

Jika Nasha berpasangan dengan Awie, Eira pula digandingkan dengan Azri Iskandar.

``Saya telah cuba memberikan lakonan terbaik. Saya harap tidak ada penonton yang akan membandingkan lakonan saya dengan Nasha. Antara kami berbeza. Nasha muncul dalam filem dan saya dalam TV,'' katanya yang berterima kasih kepada Datuk Yusof Haslam kerana memberi peluang kepadanya.

Drama bersiri arahan Yusuf Kelana itu mula menjalani penggambaran sejak akhir Januari lalu.

Sementara Atie yang memegang watak Azwa, rakan baik Ifa tidak kisah ditawar berlakon selepas watak tersebut ditolak oleh pelakon lain.

Atie yang mula menyertai bidang seni menerusi rancangan realiti TV Akademi Fantasia , tetap gembira melakonkan watak tersebut.

Kata Atie, Meniti Bara adalah drama pertama lakonannya dengan Skop. Dalam drama tersebut dia merupakan anak Tok Penghulu dan menjadi posmen kepada Ifa.

``Meskipun watak Atie sebagai pembantu tapi Atie tetap gembira kerana kemunculan dalam drama bersiri adalah satu platform untuk Atie mencipta nama,'' katanya yang kini menumpukan perhatian pada lakonan.

Jelas Atie, buat masa sekarang tumpuannya lebih kepada lakonan berbanding nyanyian. Namun jika ada undangan menyanyi dia tidak akan menolak.

Katanya, dia sedar akan kekurangannya dalam bidang seni suara. Justeru itulah dia bercadang untuk mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi.

``Sekarang ini hanya sesetengah lagu sahaja yang Atie mampu menyanyi. Atie perlu lakukan sesuatu untuk kebaikan dalam bidang seni,''katanya terus terang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home