Thursday, March 31, 2005

anugerah industri muzik 2005

calon penuh untuk aim 2005 dah pun dikeluarkan.. tahun ni aim akan dilangsungkan pada 30 april 2005.. dihoskan oleh bob lokman dan afdlin shauki (harap2 tak hambar dan bosan!!).. seperti biasa, buat kat PWTC.. so, sape yang korang rasa akan menang mengikut kategori..

artis baru terbaik:
DiVa
Farahdhiya
The Times
Vince
Waheeda

aku rasa, vince akan dapat.. apsal waheeda dikatakan artis baru? bukan dah lama ker? lagi satu, mana jac? katanya buat album gemilang cepat2 sebab nak dapat masuk aim.. ke, memang tak dapat tercalon? pelik nih... maybe memang dia releas lepas due date kot..

artis harapan:
bob
farah
nana
sahri
zahid

semuanya budak af? nice.. ntah apa2 ar calon.. nana pun leh dapat? lagi satu aku pelik, katanya untuk anugerah ni, mana2 artis yang pernah rakam album tapi tak perlu album penuh yang dicalonkan. abis tu, mana budak malaysian idol? diorang kan pernah rakam album ramai2? at least pun, nikki (lara) ker.. dina (bunga2 cinta), jac pun ada dalam album tu, nyanyi lagu getran rinduku.. aku ada baca, pihak akademi bagi reason yang jac dah pernah rakam album penuh dulu which is album dreams.. camner leh kalah ngan NANA tu.. pelik tol aku!!

persembahan vokal terbaik dalam album (lelaki):
ezad exists (paragon)
saleem iklim (bunga emas)
tam spider (nazraku)
vince (vince)
zainal abidin (puteri)

pilihan aku ialah zainal abidin.. album kompilasi (saleem) tu leh kira ker? lagu lama lak tu..

persembahan vokal terbaik dalam album (wanita):
juwita suwito (brand new world)
misha omar (aksara)
ning baizura (erti pertemuan)
siti nurhaliza (prasasti seni)
siti nurhaliza (siti nurhaliza live in concert 2004)

aku rasa ct akan pertahankan lagi trofi dia untuk album prasasti seni.. memang superb.. pilihan kedua aku ialah juwita suwito.. apsal album live in concert leh dapat? patut buat kategori lain.. sekali lagi, jac takder..

persembahan vokal terbaik kumpulan:
gerhana ska cinta (the new authentic)
rabbani (yalla beena)
raihan (allahu)
ruffedge (defined)
teh tarik crew (what's next?)

i have no idea.. rasanya, raihan kot.. harmonize diorang power ar..

kulit album terbaik:
d-va (d-va)
new boyz (bermulanya satu evolusi)
erti pertemuan (ning baizura)
prasasti seni (siti nurhaliza)
sawo matang (noraniza idris)

ni pun konpius sket.. antara ning, ct ngan kak ani. rasanya, ning ar..

rakaman album terbaik:
nazraku (spider)
bunga emas (iklim)
puteri (zainal abidin)
aksara (misha omar)
brand new world (juwita suwito)

aku pilih juwita suwito..

video muzik terbaik:
scarecrow (disagree)
suicide note (disagree)
seksis (anita sarawak)
awan yang terpilu (ning baizura)
senang tari (ning baizura)

aktif tol ning ni buat vclip semenjak time.net taja nih. aku rasa awan terpilu.. disagree tu aku tak pernah tgk.. rasa bagus gak kot..

album pop etnik:
balaghah (syura)
binafsha (waheeda)
kekasih kerinduan (nas adila)
sawo' matang (noraniza idris)
taat (rohana jalil)

pilihan aku.. kak ani

album nasyid terbaik:
allahu (raihan)
damai (hijjaz)
in team '04 (in team)
mirwana (mirwana)
yalla beena (rabbani)

pilihan aku dari dulu.. raihan!

album pop rock terbaik:
nazraku (spider)
paragon (exists)
puteri (zainal abidin)
raw (def gab c)
un metal volume 2 (xpdc)

tak beli pun mana2 album, so tak tau sangat.. aku pilih zainal abidin..

album hard rock terbaik:
dendam (amuk)
n.t virus (kristal)
otai jamm (may)
perhentian objektif (viper)
real x (real x)

real x? sape ntah.. aku pilih amuk..

album pop terbaik:
aksara (misha omar)
defined (ruffedge)
erti pertemuan (ning baizura)
prasasti seni (siti nurhaliza)
vince (vince)

ni yang susah sket nih.. aku bangkang tol misha dapat.. punyalah bosan album dia.. muzik tipikal!! aku tak tahu nak pilih saper sebenarnya.. erm.. ning..

artis inggeris tempatan baru terbaik:
altered frequency
disagree
gerard singh
juwita suwito
shelly leong

aku pilih juwita suwito atau disagree..

album inggeris tempatan terbaik:
a slice of the pie (gerard singh)
at the end of the day (disagree)
brand new world (juwita suwito)
drones (seven collar t-shirt)
the new authentic (gerhana ska cinta)

kali ni pilihan aku ialah disagre..

album indonesia terbaik:
30 hari mencari cinta (sheila on 7)
cahaya (kris dayanti)
eiffel im in love (melly)
hanya memuji (marcell)
pria terhebat (sheila on 7)

apsal lar indon sesibuk kat sini.. aku rasa melly dapat..

susunan lagu terbaik dalam album:
seindah biasa (siti nurhaliza)
seksis (anita sarawak)
bagaikan sakti (siti nurhaliza & m nasir)
dialah di hati (siti nurhaliza)
sakit yang sakit (zainal abidin)

erm... siti ada 3!! cam usher lak.. aku pilih dialah di hati..

lagu terbaik:
dialah di hati (siti nurhaliza)
erti pertemuan (ning baizura)
pulangkan (misha omar)
awan yang terpilu (ning baizura)
relaku pujuk (spider)

ni lagi pening.. ning dapat dua!! mantap tol.. aku rasa awan yang terpilu menang..

untuk album terbaik, pemenang bagi setiap kategori album akan tercalon untuk anugerah album terbaik.. mana dayang? lepas kes mahkamah nih, terus dibanned dari tercalon ker? lagi satu, diorang patut buat kategori lagu ar.. cam, persembahan vokal dalam lagu untuk wanita, lelaki, kumpulan.. aku rasa, ning akan menang besar malam tu.. korang rasa camner..?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home