Saturday, January 15, 2005

debat ASTAR v2.

sambung balik.. selepas perlawanan ngan UM, kitorang akhirnya berjumpa dengan team adik beradik sendiri.. team UIAM4.. team Jannah, Auzan, EJ.. tajuk, KITA TIDAK MUNGKIN MENJADI NEGARA MAJU.. masa match ni, kurang sikit pressure aku sebab lawan dengan team sendiri.. lebih kepada nak enjoy dan rasa cam training.. tapi, performance yang lebih baik la.. pada hakikatnya, memang kitorang bersemangat untuk kalahkan diorang walaupun team sendiri.. sebabnya, kitorang mesti ada kemenangan dengan margin yang besar demi membantu kitorang masuk quarter.. hakimnya, sakai lagi.. bila tengok dia, berkobar2 nak tunjukkan performance aku yang sebenarnya.. nak tunjuk kat dia yang aku ni bukanla pendebat sekolah menengah macam dia cakap. so, match ni berjalan dengan baik.. seronok lawan masa nih.. akhirnya, masa hakim bagi komen, dia admit yang aku pendebat yang baik.. last2 kitorang menang, aku dapat best speaker..

seperti biasa, malamnya kitorang ada post mortem.. takde apa pun yang menarik cuma ramai yang puji aku sebab performance yang meningkat.. abg nizam sendiri cakap depan coach yang lain, dia kata akulah second speaker yang dicari.. aku rasa cam, 'ye ker?' masa tu, takut gak dia cakap camtu.. sebabnya, takut orang pandang lain kat aku.. lagi satu, benda ni jadi pressure.. kalau performance aku jatuh sekali, mesti orang lain pandang lain macam lagi. terutamanya abg nizam sendiri.. mestilah dia malu sebab dia yang mengwara2kan kat orang lain.. dan yang paling aku takut, bila aku rasa dalam keadaan yang selesa dan hebat.. rasa diri cam bagus... kalau aku tak rasa cam tu pun, kalau aku buat 'act' sket.. mesti orang kata aku dah naik kepala.. entahler.. aku sebenarnya jadikan benda tu sebagai kata2 perangsang yang menunjukkan bahawa aku mempunyai potensi yang besar dalam bidang debat ni.. cumanya, perlu usaha yang gigih dan berpanjangan...

oklah, hari esoknya.. kitorang lwan ngan UPSI4 sekali lagi ngan tajuk RUNDINGAN MALAYSIA-SINGAPURA MENGUNTUNGKAN SINGAPURA.. kitorang kerajaan.. masa nih, kitorang cam nak balas dendam.. nampak cam diorang pressure n takut.. aku rileks jer masa lawan diorang.. kitorang menang n aku best speaker..
so, preliminary round dah abis.. team aku ranking no4.. team zaki rank no 1.. kitorang lawan ngan UiTM untuk quarter.. tajuk, BUDAYA BANTUAN DAN SUBSIDI PERLU DIHAPUSKAN... kitorang kerajaan.. rasanya, kitorang berjaya tunjuk kes dengan baik.. approach diorang memang takleh terima ar rasanya.. tapi, biasalah kalau match tu dah jadi 50-50.. kitorang kalh ar.. rasanya, takdela 50-50 pun.. aku dapat best speaker lagi.. masa diumumkan aku best speaker, dah rasa cam kitorang kalah.. team abg raihan pun kalah.. sampai situ jelah tamatnya perjuangan kitorang.. lepas match tu, kitorang terus buat perjumpaan untuk semua.. abg nizam kata, aku perlu banyak belajar dari senior debater yang lain.. perlu lebih usaha untuk terus maju.. aku akan sahut cabaran tu..
petang nya, kitorang sambut birthday zaki kat bus parking.. meriah giler!!! zaki kena baling ngan telur n tepung.. banyak jgak makanan.. memang seronok lah!!!

dan malamnya final, UPSI4 lawan UTM.. tajuk, SUDAH TIBA MASANYA PERIGI MENCARI TIMBA.. entah apa2 approach diorang.. tak kisah ler.. yang penting diorang masuk final. dan, debat astar kali ni memang seronok walaupun kalah! TERIMA KASIH PADA SEMUA!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home