Sunday, January 09, 2005

debat ASTAR 2004

lama giler dah tak menulis kat sini.. memang bz giler recently.. well, citer terbaru adalah pasal debat astar yang buat kat um.. akhirnya, aku terpilih untuk mewakili uia bagi pertandingan debat astar nih.. oleh sebab coach taknak hantar bebudak main camp, diorang hantar bebudak matriks jer.. ramai gak yang datang untuk selection.. pada mulanya, aku masuk dalam team abg raihan, ngan farhaneen... aku jadi second speaker... team ni ranking kedua la kiranya daripad 4 team yang dihantar.. tapi, lepas banyak kali training, coach nampak zaki (dalam main team) makin merosot pencapaiannya, dan aku mungkin dah meningkat.. aku pun dinaikkan ke main team.. tapi, tetap 2nd speaker.. abg jeff jadi 1st sepaker, ricca jadi 3rd speaker.. kiranya masa tu cam agak bersalah pada zaki.. tapi, tak bermaksud pun nak topple down sesaper.. setiap pasukan ada pengiring yang merupakan bebudak main camp.. group aku nyer pengiring abg niezam!!

kitorang ada buat group binding kat taman tasik shah alam.. kat situ kitorang adakan latihan intensif untuk memantapkan pasukan masing2.. aku dapat rasa masa group binding ni aku improve banyak.. kitorang debat 2 kali masa tu.. abg nizam banyak jadikan aku sebagai contoh 2nd speaker yang baik dalam memberikan flow hujah yang baik dan menjatuhkan konsep pihak lawan dalam masa yang sama menegakkan kes sendiri.. tak sangka gak sebenarnya..

finally, hari pertandingan.. hari pertandingan sebenarnya hari khamis hari tu.. kitorang bertolak dari uia kol 8.00 pagi.. um dekat jer sebenarnya... tak panas pun tempat duduk kitorang dalam bas tu sebab kejap je sampai.. ingatkan nak ler tido lama2 sket..
registration, check-in bilik (cam hotel lak padahal bilik dia cam hampeh!) pastu, baca banyak info sebab petang tu nak lawan.. first match kitorang dengan team uum keberapa ntah.. tajuknya,
PUSAT SERENTI PERLU DITUTUP.. dan kitorang kerajaan.. kitorang kalah.. entahla ek kenapa kalah.. banyak la gak kelompangan kitorang tapi, diorang punya lagi la bodoh giler.. tak tauler..
malamnya kitorang buat post mortem.. abg kaen, abg bad, ngan abg imie ada datang masa tu.. banyak gak yang kitorang kena komen dan belajar masa post mortem tu.. group janet ngan kak arina ada masalah persefahaman pasukan.. kesian gak tengok diorang terutamanya team janet.. lepas je jumpa coaches, abg nizam bagi semangat pada kitorang untuk perlwanan pada hari esok.. abg nizam puji aku lagi.. dia kata akula 2nd speaker yang dicari selama ni.. dia kata, uia susah nak cari second speaker yang baik.. dia suruh aku berusaha bersungguh2 untuk terus jadi 2nd speaker pada main team.. insya allah.. aku akan buat yang terbaik untuk semua!!

hari kedua perlawanan.. kitorang lawan ngan team kuktem.. tajuk: DUNIA LEBIH AMAN TANPA LELAKI.. oleh sebab tajuk ni dah pernah lawan masa kitorang demo debate dulu, so takde masalah sangat pada aku.. lagipun, kitorang kerajaan.. masa ni, performance aku lebih baik dari pagi tadi.. kitorang menang dan ricca best speaker..
seterusnya, kitorang jumpa team uitm ngan tajuk: RAKYAT PERLU LEBIH BERKORBAN.. kiotrang menang lagi.. 2nd speaker diorang dapat best speaker.. ntah apa2 la hakim tu.. buta apa.. abg nizam puji performance kitorang sebab performance ni paling baik untuk kitorang.. dia ingat aku yang dapat best speaker.. tapi, tak perlu sangt best speaker tu.. yang penting kitorang menang dengan sangat bermaruah..
masa sembahyang jumaat, aku telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan.. aku terlelap!! kesannya, petang tu aku sangat blur dengan keadaan panasnya yang amat.. dan aku telah diserang sakit kepala yang amat sangat.. kitorang lawan ngan team UPSI4 ngan tajuk: PENGAMPUNAN PENDATANG ASING TANPA IZIN USAHA YANG SIA-SIA.. masa 30 minit preparation, aku blur dan just dengar apa yang abg nizam terangkan tpai tetap blur.. lawan cam hampeh!! dan dikutuk oleh hakim si sakai tu... dia kata aku cam pendebat sekolah menengah.. tak sedar diri apa! kitorang kalah nipis.. nasib baik margin 1 jer.. inilah perlawanan yang paling teruk dalam sejarah.. performance teruk sangat dan team lawan pun memang sangat bongok sebenarnya..

will be continued..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home